RM1.8 Juta Masih Diperlukan Bagi Pembinaan Masjid Al-Muhammadi, Taman Mahsuri
Kutipan Dana Fasa Ke-2 Untuk Tampung Kenaikan Kos Barangan Binaan


Kerja-kerja pembangunan masjid sedang dilaksanakan.

"Alhamdulillah dana RM6 juta berjaya kita kumpulkan untuk tujuan pembinaan Masjid Al-Muhammadi, namun disebabkan kos barangan semakin meningkat saban tahun pertambahan dana sebanyak RM1.8 juta perlu dikumpulkan segera sebelum penghujung bulan Mei 2022 bagi memastikan pembinaan ini berjalan lancar. InshaAllah..."

Marilah bersama mempercepatkan pembinaan Masjid Al-Muhammadi untuk dimanfaatkan penduduk di tiga taman perumahan di situ.

Pasti ramai gembira satu lagi Rumah Allah bakal dibina bagi memudahkan urusan saudara Islam di Taman Mahsuri melakukan amal ibadat dan berkumpul untuk tujuan memantapkan syiar Islam di kawasan ini.

Kutipan dana fasa pertama terdahulu sebanyak RM6 juta telah berjaya dikumpul adalah hasil sumbangan orang ramai dan pelbagai pihak.
 
Hal ini, menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia bermurah hati dan bersungguh-sungguh dalam memastikan Rumah Allah dapat dibina untuk dimanfaatkan umat Islam di mana sahaja.


Namun, Masjid Al-Muhammadi hanya memerlukan RM1.8 juta sahaja lagi, bagi membolehkan 3,000 penduduk kawasan perumahan Taman Mahsuri, Taman Lagenda Fasa 1,2,3,4 dan Taman Puteri ini menunaikan solat berjemaah dalam keadaan selesa, memandangkan sebelum ini jemaah terpaksa berhimpit dan bersesak di Surau Assyakirin, Taman Mahsuri.



Ruangan solat Surau Assyakirin, Taman Mahsuri tidak mampu menampung jemaah seramai 300 orang dalam satu masa terutama ketika Solat Jumaat.


Jemaah terpaksa berpanas dan kadangkala bertemankan air hujan ketika melaksanakan solat berjemaah apabila cuaca tiba-tiba berubah. Ada juga yang terpaksa berdiri dan memilih ruangan parkir kereta untuk menunaikan solat. Situasi begini pasti meruntun jiwa umat Islam melihatnya.



Keadaan jemaah terpaksa memilih bersolat di luar ruangan solat Surau Assyakirin yang tidak berbumbung, malah kadangkala berdepan dengan hujan yang turun akibat perubahan cuaca.                                                                                                                                   


Justeru....Wahai saudaraku, marilah kita mempercepatkan pembinaan Rumah Allah ini untuk membantu menyediakan keselesaan kepada saudara kita di sana.


Dan jangan bimbang dengan sedekah mu yang kecil, sesungguhnya setiap harta benda/wang ringgit yang dikeluarkan ke jalan Allah pasti menerima ganjarannya.


“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”  (Surah al-Baqarah, ayat 261)


Jom realisasikan pelan bangunan Masjid Al-Muhammadi yang indah ini dengan menjadi sebahagian lagi penyumbang bagi fasa ke-2 kutipan dana RM1.8 juta.


Usah lagi bertangguh niat murni yang terdetik dalam hatimu wahai saudara Islamku. Berinfaq dan bersedekahlah ke Rumah Allah dengan seikhlas hati. 






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Pembinaan Masjid Al-Muhammadi 1 - RM1000
Infaq Pembinaan Masjid Al-Muhammadi 2 - RM500
Infaq Pembinaan Masjid Al-Muhammadi 3 - RM150
Infaq Pembinaan Masjid Al-Muhammadi 4 - RM50
Infaq Pembinaan Masjid Al-Muhammadi 5 - RM30
Infaq Pembinaan Masjid Al-Muhammadi 6 - Sumbangan Seikhlas Hati Rm 15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Masjid al-Muhammadi, Kariah Taman Mahsuri, Padang Serai (A-2-038) No. Kebenaran: (K) A-4-2016)
roshdidee@gmail.com